HARI CUTI KHAS
Brunch hour: 10.30AM - 3.00PM / Dinner starts from 6.00PM until 9.30PM
PENERANGAN
Wonderboom menyediakan makanan yang sihat untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Jika anda mencari tempat untuk majlis keraian, Wonderboom adalah tempat yang paling sesuai. Lebih-lebih lagi untuk majlis menyambut ulang tahun kelahiran, majlis bertunang atau majlis-majlis tertutup yang lain. Bukan sahaja Wonderboom menyediakan ruang makan yang besar dan selesa, Wonderboom jugak menyediakan ruang tertutup yang boleh memuatkan 20 orang.
Dengan menyediakan tempat yang luas dan selesa, Wonderboom memberi ruang kepada para pelanggannya untuk menikmati saat-saat di cafe mereka.
Berita baik kepada mereka penggemar makanan sarapan pagi. Hal ini kerana Wonderboom mulai menyediakan sarapan pagi sampai pukul 3 petang!
Menu terbaru mereka adalah Wonderbowls dimana ia disediakan bersama nasi, nasik 'cauliflower' ataupun mee sebagai bahan asas.
Keistimewaan Wonderboom adalah mereka menyediakan set Selamat pagi dan Highlander untuk sarapan pagi dan One Night in Bangkok untuk makan malam. Selamat mencuba!